Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tujuh ahli sindiket penjualan setem hasil kerajaan dan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang melibatkan kerugian hasil kerajaan melebihi 15 juta ringgit.<br />Ketujuh-tujuh yang terlibat berusia di antara 30 hingga 39 tahun terdiri dari empat kakitangan sebuah syarikat percetakan keselamatan dan tiga orang awam.<br />Sejumlah 2,500 keping setem hasil kerajaan bernilai RM250 dan 10 ringgit yang keseluruhannya bernilai 12.5 juta ringgit telah dirampas dalam operasi besar-besaran yang diadakan semalam di sekitar Kuala Lumpur.